header

Saturday 26 January 2013

Kawan oh Kawan :)

Assalamualaikum :)

*(taip entry sambil dengar lagu bon bon-pitbull) hahaha

Dah lama rasanya tak jadi tukang karut kat blog yang mengarut ni. Hmm.. Hari ni tetiba teringin nak taip pasal kawan aku.. Amaran cerita ini mungkin panjang sehingga kebosan tahap cipan.

Mula-mula aku jejak kan kaki ke sekolah menegah, aku rasa ganjal janggal. Ye la, aku bukan orang situ, tak de sorang pun aku kenal.. Takut pun ada. What should I do ? *(konon) Sekolah aku tu, bukan asrama ye.. Sekolah harian biasa yang terletak di daerah Batu Pahat.

Sebagai manusia, aku memerlukan kawan. Kawan dengan orang ye, bukan Mak Labu *(kucing kat sekolah tu) tapi aku tetap kawan dengan dia. hahaha. Dalam ramai-ramai orang kat situ, aku terlihat seorang insan yang berdiri keseorangan disitu.. So, aku tegurlah dia.. Ye la.. Kesian dia, diri sorang-sorang.

Ku hulurkan salam sambil berkata, "Er, hai awak.. boleh kita kawan dengan awak ?"

Tapi, what you can expect ? Tetiba budak tu kata.. "BODOH!" dan blah aje dari situ.

Ok, fine. aku tercengang lah... dan aku senyum. Haha. Aku pun melangkah dengan sedih, Ye la, siapalah aku disini.. Nasib baik ada seorang budak nama dia Syikin a.k.a Syikin Bam Bam, dia ramah lah juga.. Sapa aku, tanya dari mana.. and so on. Berkenalan dengan Teha, Tira.. Bla-bla-bla. Rupa-rupanya aku dan Syikin satu kelas :') Oh my.. Rezeki.. Dalam kelas tu, bilangan murid perempuan ialah GANJIL. Walaweh. Again, aku duduk belakang sekali dan sebelah bangku kosong. hahahaha. Tapi, nevermind.

Setelah beberapa murid mendapat tawaran ke sekolah asrama, tolak tolak tolak bilangan murid.. Maka, bilangan pelajar perempuan ialah GENAP. Aku ni duduk belakang sekali, sensorang pula tu, dan ada pula budak perempuan tu, duduk sensorang juga, sebab Syikin Bam Bam yang duduk sebelah dia tu dah pindah TIGS. Alah, sekolah Najwa Latif tu la. haha. Dan aku telah disuruh oleh penyelia kelas, duduk sebelah budak tu kat depan. Dan hati aku tak rela sebenarnya, sebab,bakal tempat aku tu sebelah tingkap =.= Aku ni dah la suka berangan. Tapi kenapa la budak tu tanak pindah belakang dengan aku ? KENAPA ? Kat belakang ni selesa tau, bawah kipas lagi. huuhuuu. Tapi, apa boleh buat.. Dah nasib..  Duduk je la..

Oh, rupa-rupanya nama budak tu Azira. Muka macam garang semacam aje :/ Nampak sombong aje.. So ? Macam lah aku ni kisah. hahaha. Sebab aku ni peramah. Jadi tak terasa sangat kot. Nasib baik dia nak berbual-bual ngan aku.. Kalau tak ? Memang habis lah zaman sekolah aku. hahaha. Dan yang duduk kat depan aku, ialah Suya. Budak Suya ni, hmmm, aku kenal dengan dia masa tunggu bas kot. Time tu dia dengan Afiza.. Kawan sekolah rendah dia dan kawan sekalas aku juga dan sekampung aku juga. hahaha. Dan Suya, satu sekolah agama dengan aku :) Ceh, jadi kami agak rapat la juga.. p/s : Suya ni hantu cokelat.

Ok, setelah sekian lama aku disitu, *(beberapa bulan je kot) haha. Aku nampak iklan PENGAWAS PUSAT SUMBER. Sesiapa berminat sila mohon. Time tu, aku memang GILA KUASA. haha, kebetulan, Teha dan Tira rapat ngan aku, jadi aku ajak diaorang sekali. Jadi PPS. Seronok ke tak seronok ? Hmm, aku rasa boleh lah.. Penat nak kena cop bagai.. Sampul buku lah apa lah.. Biasalah junior, kena la buli sikit-sikit. Jadi akhirnya, kini aku PPS yang mahir dalam semua bidang.. Semua kerja kat libary tu aku pernah rasa. hahaha. KECUALI, datang gotong-royong. Maaf, aku ni pemalas. hahaha.

Dan, ingat lagi tak budak yang kata aku BODOH tu ? Aku dapat tahu, dia tu budak pendidikan khas rupa-rupanya.. Lah, patutlah.. Jadi aku maafkan.. hahaha. Kesian kat budak tu :( Mesti dia ingatkan aku saje nak kenakan dia dulu :(

Buat pengetahuan korang, setelah dianalisis, si Azira tu, tak da lah macam yang aku fikir dulu. Tengok aku ni suka bersangka buruk. =.= Ya Allah, ampunkan hambamu ini.. Dan dia, adalah sebaik-baik kawan tau. Dia ni pemaaf, komited dalam kerja dan SUKA TIDUR dalam kelas terutama waktu sejarah dan BM. Tapi, dia HEBAT dalam BM. ok ? Jadi.. Tak perlu aku bimbangkan. hahaha. Dia ni memang tak ah layan orang macam aku.. Dan, aku rasa, dia ni SETIA orangnya, susah cari lain. haha. Maksud aku, kalau dia dah kawan dengan orang tu, dia akan terima baik buruk orang tu dan susah nak cari kawan lain. Faham ? Dan dia ni, suka ikut trend juga lah, dan pakar dalam FESYEN REMAJA MUSLIMAH. Dan DIA TAK SUKA aku pakai tudung senget. hahaha.

Masa Tingkatan 2, aku duduk dengan Azira lagi di tepi tingkap. Memang nasib aku asyik duduk tepi tingkap dan belakang sekali .. Kesian kan ? Tapi, tak pe, Aiman tak kisah. hahaha. *(tetiba) Dan awal tahun ada seorang budak pompuan, nama dia Fahda, dia dari STA ( Sekolah Tun Aminah) search google untuk maklumat lanjut. Jadi bilangan budak pompuan jadi ganjil lagi. Fahda duduk sensorang kat belakang aku.. Dan si pemarah dan mulut kecoh *(aku le tu) , menegur, betanya itu dan ini. Mengapakah ? Apakah ? dan so on.. hahahaha. Dan percaya atau tidak ? Aku telah berjaya menghasut Fahda agar masuk satu rumah sukan aku, iaitu rumah UNGU.. Tapi malangnya, dia tetap dengan pendirian beliau, iaitu masuk Unit Beruniform Silat. Ok fine.. haha. Jadi lah.. Rumah sukan pun rumah sukan la..

Mesti korang tertanya-tanya dimanakah Suya dan Afiza ? Mereka dah copkan tempat aku dan Azira di hadapan.. Malangnya, itu rupa-rupanya tempat lelaki.. Maklumlah, lelaki kan imam kena lah duduk depan... Kita makmum, duduk belakang yee.. Maka, aku duduk di barat daya, manakala mereka duduk di Timur laut. Jauh kan ? :'(

Cerita pasal Fahda, dia ni, macam ustazah yang comel ^_^ Baik, Pandai melukis, pemalu, dan suka berdakwah ye.. Dia selalu ingatkan pasal solat.. Dan dia ni HANTU SEJARAH. Percaya atau tak ? Buku firaun yang tebal nak mampus tu, dia habis baca, siap buat peta minda dan HAFAL. Ye tuan-tuan dan puan-puan. Hebat kan ? Jadi sesiapa nak jadikan dia sebagai isteri, sila dan tolong bagitau aku. hahaha.

Si Afiza pula, OTAI MATH. Tanya je la soalan apa sekalipun, InsyaAllah, dia boleh jawab. Dia ni pendiam ye kawan-kawan. Hmm, ciri-ciri perempuan melayu yang terakhir lah katakan. Betul weh, sopan, pengemas, rajin dan yang penting, tak ada satu kertas pun pernah renyuk kat tangan dia. DASYAT tak dasyat. Semua kertas dia, macam baru keluar dari mesin photostate. Tapi, JAGA-JAGA bila dia tengah MARAH. haha. Dia tak kan terjerit dan sebagainya. Dia ada cara tersendiri. hahaha. Marah dengan sopan :)

Suria pula, lain sikit orangnya. Dia ni ada nama lain tau.. Telah dicipta masa tingkatan 1.. Haha. Iaitu .. Jeng Jeng Jeng.. Suya Macho. Comelkan ? Dia ni, BAB FESYEN , memang tau aje. Terkini ke tak terkini.. Sesuai ke tak.. Dan, dia ni PENDENGAR YANG BAIK.Masalah ? Cerita je pada dia .. Pasti, lega. haha. Dan juga PAKAR MOTIVASI YANG TERBAIK.. Setiap kali aku malas, kecewa, hilang tuju dan sedih dia pasti ada kata-kata motivasi aku membuatkan aku bangkit :) Dia ni ada lah tempias sikit, perempuan melayu terakhir. DIULANGI, SIKIT. Sebab , bab-bab kerja basuh baju, basuh pinggan, sidai ke hape, dia lah yang buat ye. Dan KH (ERT) dia selalu skor A+. Taniah ! haha. Hantu cokelat dan ice cream. Kasi je kat dia.. PASTI dia gembira. haha. Tapi, dia tak gemuk. Tq.

Tigkatan 3 pula, aku agak BERPALING TADAH kepada mereka. Sepatutnya, aku duduk sebelah Azira, kat belakang dan bukan tepi tingkap. Haha. Tapi, ada lah, seorang budak perempuan ni, dia minta tukar tempat dengan aku.. Dia tu duduk depan sekali, agaknya takut kena air liur cikgu, maka aku pun tukar tempat dengan dia. Tapi, dalam hati aku rasa bersalah lah juga .. Demi impian dan cita-cita.. Aku tinggalkan kawan aku duduk sebelah orang lain :( Maafkan aku.. Walaubagaimanapun, kami tetap BFF ye. Haha.  Suya, Afiza, dan Fahda duduk betiga di belakang sekali dan di tepi pintu.. Jadi no hal kot.

Tingakatan 3, Aku duduk sebelah Ieka, dan Izzati Zailani, sebelah Izzati tu ada Syuhadah.. Kami duduk berempat, di hadapan sekali dan di tengah sekali .. Lelaki ? Dia tepi sekali di timur ya.. Semua duduk tepi tingkap.. Hahaha. RASAKAN !


Ieka ni, mata dia.. hmm.. besar dan bulat. Jadi.. Comel orangnya. hahaha. Dia selalu ketuk aku masa aku tidur -.- Kacau beb kacau.. Tapi, dalam sudut hati aku, aku amat bersyukur dia kejut aku :) Tak de lah miss apa yang cikgu cakap... TERIMA KASIH Ieka :) Dia ni, baik, suka buat lawak.. Walaupun dia cakap macam biasa, tapi, fuhh aku menangis sebab ketawa banyak sangat. Nasib baik tak TERKENCING. Hahaha.

Tapi, lidah sendiri juga tergigit, apalah kawan kan ? Kadang-kadang aku ada buat salah, gaduh, sampai ada yang terasa hati kot :( Jadi, maafkan aku ye kawan-kawan..

Ok, tu aje aku nak cakap. Buat kawan-kawan yang lain jangan sedih aku tak cerita sekarang.. Bukan apa, aku kesuntukan masa.. Aku rasa dah 2 jam aku menaip benda ni.. Entry lain ada lagi ^__^ InsyaAllah, Aku update.


p/s : Tingkatan 3, kami menempuhi peperiksaan awam. Alhamdulillah, keputusan result kami baik. Kami bersatu hati lepak di libary, bersengkang mata untuk belajar. Kami saling bantu-membantu, nasihat-menasihati dan saling mendoakan :') Ahh.. Walaupun pertemuan ini singkat, namun, banyak kenangan yang terukir sehingga aku tak sanggup melepaskan kalian :') Girls, you'r ohsem !

1 doakan kejayaan saya:

haffizmohdnoor said...

wah..best! best! nice post pasal kawan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...