header

Friday 21 December 2012

Bila keputusan PMR di tangan..



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 19 Disember 2012 keputusan PMR telah di umumkan. Aku ni sebagai calon PMR di salah sebuah sekolah di Johor pun berdebar lah juga, dapat berapa lah anak ibu ni. Tahun ni, aku tidak memasang angan-angan untuk hadiah macam UPSR dulu. Ye lah, time UPSR, aku minta handphone yang ada kamera, sebab handphone aku cuma yang sengkek , sampai masuk mesin basuh pun tak perasaan.. Kesian betul kat handphone tu. hehe. Tapi, malangnya, aku tak dapat 5A untuk UPSR, so impian aku nak dapat handphone pun terkubur. Kasihan. Bila dah besar baru aku tau senang aje nak beli handphone dan harga handphone dah makin murah.

Tengok aku dah lari topik. Ish !

Beberapa hari sebelum result aku keluar aku dapat SMS dari kawan-kawan, suruh bawa RM5 lah, tanya berdebar ke tak .. dan tak lupa juga SMS dari cikgu aku.. Dia cakap.. "Assalamualaikum. result pmr mgkin hr rbu kluar.so,bnyk2 doa agr awk tbh,redha n sabr dgn apa jua yg awk dpt.smg maju jy." Time tu aku dah hilang sesuatu yang dinamakan perasaan. Ish, apa agaknya result aku ni :(

Malam sebelum ambil result tu aku dah minta maaf dengan ayah dan ibu aku, aku cakap halalkan makan minum aku, aku tak yakin yang aku boleh buat.. Aku main hentam aje ayat kat karangan tu .. Tolonglah maafkan aku kalau aku dapat teruk. Tapi cuba teka apa ayah aku cakap ? Dia kata , "Ayah tak peduli, patutnya minta maaf masa ambil periksa bukan keputusan, ayah tak kira, apa yang ayah tahu, anak ayah mesti dapat 8A" Itu tau ayah aku cakap, tak ke cuak ? Aku pasrah je lepas tu..

Pagi sebelum nak ambil result, aku gosok baju memang aku tak fikir apa-apa dah... Kawan-kawan aku dah pergi awal-awal pagi, jadi aku call lah Shafwan, tanya dia, ok ke tak ? Aku risau ni .. Kau dapat berapa Math? Aku call Azie, tapi dia tak angkat2.. Lupa bawa phone kot. Dan pagi2 buta aku call Alif, dia ni kawan sekolah rendah aku , aku cakap kalau aku tak telefon tu result aku teruk, kalau telefon result aku ok.. Aku malu.... Dalam pukul 11 tu ramai lah yang call ibu aku, dapat berape A ? Tu yang aku cuak, aku belum ambil dah ada orang tanya.. Aku dah  dengar kawan-kawan aku dapat result gempak, ada 7A ada 8A ada 6A ada 5A ada 4A.. Aku ? Pasrah lagi.. hurm.. Aku golek2 kat lantai sambil cakap aku tanak ambil keputusan, aku nak ulang PMR..  Pukul 11.30 aku bertolak dari rumah.. Ayah aku dah membebel dalam kereta, dia marah aku.. Dia kata, ayah suruh belajar kau tanak, anak kawan ayah tu belajar  3 jam sehari kau tau tak ? Kau ni selalu main facebook aje , anak kawan ayah tu, awal2 dah tutup facebook dia.. dan bla bla bla.. Dan aku rasa nak menangis aje time tu, tu belum ambil result lagi.. kalau dah ambil kalau teruk mesti ayah aku membebel lagi teruk.. Aku takut.. Aku cakap dengan kucing aku doakan kakak ye.. Gila !

Di depan pagar sekolah, Adik aku kata lapar , ayah aku cakap kalau aku tak dapat 8A ayah aku tak jadi pergi makan.. So, ayah aku keluar ambil keputusan .. Aku duduk dalam kereta aje sebab aku takut , takut sangat.. kasut sekolah aku kotor, aku pakai selipar.. aku pasrah aje lah.. Aku aku masuk sekolah, kemudian keluar balik sambil buat muka masam , dia kata cikgu aku tak bagi ayah aku je ambil result, suruh aku sekali ambil result. Apa lagi, aku pasrah.. mesti teruk gila.. Mak aku turun, adik-adik aku turun.. Aku takut.. Aku takut mengecewakan.. Sambil jalan nak ambil result, meja nak ambil keputusan tu ada cikgu-cikgu aku.. Maafkan aku.. 

Aku makin dekat dengan kaunter , cikgu semua minta maaf kat aku... aku rasa macam nak pengsan aje.. Aku duduk, aku nampak kertas keputusan, aku nampak semuanya A ! Ya Allah... Aku macam tak percaya, aku check nama kat kertas keputusan, ntah-ntah salah bagi kot. Eh, nama aku.. Ya Allah, Alhamdulillah. Aku terkedu. haha. Yang peliknya, adik aku yang no.2, Hanny, menangis bagai nak rak. Cikgu semua menangis. Aku ? Tiada perasaan sebab aku dah terlalu pasrah. hahaha. Aku masih tak percaya.

Lepas itu, kami keluar pergi makan KFC. hahaha. Adik aku yang last (no.3) tu tak berhenti ucap terima kasih kat aku. hahaha.

Di sini, aku ingin megucapkan terima kasih Allah, Saranghea Allah. Tidak lupa juga, ibubapa, adikberadik, sepupu sepapat, makcik pakcik,  pengetua, guru-guru, dan rakan-rakan seperjuangan, eh youtube juga banyak membantu untuk mata pelajaran sains. Tanpa mereka semua, tiada keputusan ini agaknya. Saya sayang mereka. hehe. Amat amat berterima kasih.

Sekalung taniah untuk rakan baik saya, Azira, Suria, Fiza, Fahda.
Dan rakan-rakan seperjuangan, Dang, Mai, Izzati, Zue, Syuhadah, Shafwan, Saudah, Fatihah, Mimie, Azirah, Aqila, Alif dan Alia dan terlalu ramai saya nak tulis.. hehe. Taniah !


0 doakan kejayaan saya:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...