Assalamualaikum.
Sebagai seorang pelajar, kena ambil exam lah, trial lah, whateverlah -,- Aku pun tak berape nak ingat bila kali terakhir aku LOG IN blog ni. Hari ni aku dah lupa segala password. Haha. Btw, aku nak share TIPS belajar dari Al-Quran daripada Imam Muda Ashraf yang telah hadir ke sekolah saya hari Sabtu yang lalu. CEMBURU ? :P
1. YAKIN ALLAH ADA BERSAMA KITA.
Kepada-Nya tempat kita bergantung. Solat jangan tinggal. Banyakkan lakukan amalan sunat. Baca Al-Quran. Berzikir, Bertahmid. Jika kita yakin, Insya-Allah. Segala ketakutan dan perasaan kecamuk ke, haruk ke, semuanya dah tak ada. Oh ye, jangan lupa, segala-segala niat kerana Allah.
2.ISTIQAMAH
Ini perkara paling susah. Kerana segala kebaikan kena dibuat dengan berterusan. Seriously, kita tak boleh ingat semua sekali dalam sekali baca. Ok, KECUALI kau memang benar-benar hebat. Jangan cepat rasa jemu. Ingat orang lain pun berusaha, tak kan kita nak malas sorang-sorang kan ?Ulang je nota dan latihan banyak-banyak.
3.HORMAT-MENGHORMATI
Hormat mak ayah. Hormat guru-guru kita. Hormat rakan-rakan. Doa ibu amat teramat lah mujarab.Kita ni insan yang lemah.Siapalah kita.. Jangan nak belagak sangat.
Ok, itu sahaja buat hari ini. Ambil iktibar. Selamat menjawab soalan peperiksaan.
0 doakan kejayaan saya:
Post a Comment