Assalamualaikum.
Jujur, satu perkara yang baik kan ? Tapi bila kita terlalu jujur hingga berbisa tu baik ke ? Kita kena ingatlah, bukan semua orang boleh terima diri kita kan ? Bukannya tak boleh cakap, tapi kena lah berlapik kan ? Awak ada perasaan, saya pun ada juga ye :)
Jom kita belajar apa itu JUJUR dan apa itu CELUPAR.
Situasi 1: Seorang kawan yang ingin duduk di satu meja yang ada budak lelaki.
JUJUR : " Awak, situ ada lelaki lah, Jom duduk sana, tak ada lelaki lagi selesa kan?"
CELUPAR : "Ekeleh, Sana lah, Kau nak rapat-rapat dengan lelaki lah tu"
Situasi 2: Seorang guru tidak mengajar apa-apa pada waktu ganti kerana ada hal yang sangat penting. Dan kamu ingin keluar dari kelas kerana ada hal penting. *(Kena ada kad kebenaran, kalau tak ada cikgu macam mana ?)
JUJUR : "Mana lah cikgu ni, apahal lah masuk lambat. Aku ada hal penting ni"
CELUPAR : " Mana cikgu ni ?! Aku ada hal ni, makan gaji buta la tu"
Ha. Bukan semua orang boleh terima kan ? Jadi, semua ini adalah pilihan sendiri untuk menjadi lebih baik. Budi Bahasa Budaya Kita.. ^_^ Kalau dah tercakap ke apa, mohon maaf lah, itu lebih baik ^_^
OK bye, Selamat Tahun Baru Cina
0 doakan kejayaan saya:
Post a Comment